Soalan Lazim


Peringatan
Setiap beberapa bulan, setiap Syarikat Telekomunikasi akan membuat kemaskini atau MAINTENANCE. Jika anda melihat satu Pengumuman dibuat seperti gambar dibawah:

Elakkan untuk topup telco tersebut kerana akan mengambil masa yang agak lama. Topup berkemungkinan akan masuk selepas Sistem Syarikat Telekomunikasi tersebut pulih seperti sedia kala.

Umum

S: Adakah Sistem ini beroperasi 24 jam?
J: Ya, anda boleh membuat top up kepada pelanggan pada bila – bila masa.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Agent Id?
J: Agent Id adalah satu no. akaun yang diberi kepada agen selepas mendaftar. Agent Id bagi setiap agen adalah berlainan.
S: Bagaimanakah saya hendak mengetahui baki akaun dan Agent ID saya?
J: Terdapat dua cara:
i) Log Masuk ke dalam website, klik pada Agent Info
ii) Sms BAL ke gateway.
Contoh:

*Satu sms akan dibalas kepada anda menunjukkan baki terkini dan Agent ID anda.
S: Saya terlupa password untuk log masuk kedalam website / android.
J: Sila hubungi helpline untuk reset semula password anda.
*pastikan anda tahu baki terkini dan Agent ID anda sebelum menghubungi helpline.

Tambah Modal dengan Syarikat

S: Berapa kali saya boleh tambah modal dalam sehari ?
J: tiada had
S: Saya tidak menggunakan kod bank yang betul, adakah modal saya akan diproses ?
J: Tidak
S: Saya menggunakan format 12 jam contoh 9.30 PM, adakah modal saya akan diproses?
J: Tidak
S: Saya tidak menggunakan format tambah modal (bank In), adakah modal saya akan diproses?
J: Tidak
S: Saya sudah tambah modal RM200, Adakah modal saya akan diproses ?
J: Tidak, Nilai tidak istimewa
S: Saya sudah tambah modal RM200, apa yang perlu saya lakukan ?
J: Sila buat penambahan. Tambah lagi modal anda contoh RM40 dan hantar dua maklumat yang berasingan ke gateway
Contoh;
BI*KOD_BANK*200*TARIKH*MASA(FORMAT 24JAM)
BI*KOD_BANK*40*TARIKH*MASA(FORMAT 24JAM)
S: Apakah nilai maksimum untuk tambah modal?
J: Tiada Had

Topup

S: Bagaimanakah untuk mengetahui top up sudah berjaya atau tidak?
J: 1 SMS akan dihantar kepada anda mengatakan samada topup tersebut sudah berjaya atau tidak.
S: Saya sudah hantar SMS top up kepada pelanggan, tetapi tiada laporan atau sms dihantar kepada saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
J: Sila semak format yang anda hantar samada betul atau tidak. Sila gunakan nombor yang anda daftarkan sahaja untuk SMS topup
Anda boleh menyemak nombor topup pelanggan dengan menaip:
Check "nombor_telefon" dan hantar ke nombor server/gateway.
- Contoh:

*1 sms akan dibalas kepada anda samada nombor tersebut telah berjaya atau tidak.
S: Saya telah topup kepada pelanggan tetapi tiada laporan selepas 30 minit.
J: Sila telefon talian bantuan.
S: Modal saya tidak mencukupi, adakah topup kepada pelanggan akan diproses?
J: Tidak, 1 SMS akan dibalas kepada anda mengatakan topup gagal dan modal anda tidak cukup.
S: Saya telah menyemak nombor pelanggan saya, mesej yang dihantar menunjukkan Status PENDING, apakah maksudnya?
J: Status PENDING bermaksud nombor tersebut masih dalam proses. Sila telefon talian bantuan selepas 30 minit topup untuk maklumat lanjut.
S: Saya telah menyemak nombor pelanggan saya, mesej yang dihantar menunjukkan Status SUCCESS – NO DN, apakah maksudnya?
J: Status SUCCESS – NO DN bermaksud nombor tersebut telah dihantar ke pusat telco tetapi laporan tidak dihantar semula kepada server. Sila telefon talian bantuan selepas 30 minit topup untuk maklumat lanjut.
S: Apakah masksud DN?
J: DN adalah singkatan untuk Delivery notification bermaksud notis penghantaran yang mengatakan topup telah dihantar kepada pelanggan.
S: Apakah masksud NO – DN?
J: NO – DN bermaksud tiada notis penghantaran, Status bagi topup tersebut tidak dapat dipastikan samada telah berjaya atau tidak. Sila telefon talian bantuan selepas 30 minit topup untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan